2:1 | Ada pun apabila Isa diperanakkan di negeri Bait Lahim di-tanah Yahudiah pada zaman raja Herodis, maka datanglah beberapa orang Majus dari sa-belah timur ka-Yerusalim, katanya, |
2:2 | Dimanakah raja orang Yahudi yang baharu diperanakkan? karna kami sudah melihat bintangnya di negeri timur maka datanglah kami hendak menyembah dia. |
2:3 | Apabila didengar oleh raja Herodis akan hal itu, maka terkejutlah ia dan segala orang isi Yerusalim pun. |
2:4 | Maka dihimpunkannya semua kepala-kepala imam, dan katib-katib kaum itu, lalu bertanya kepadanya dimanakah Almaseh akan jadi. |
2:5 | Maka kata sekaliannya, Dalam negeri Bait Lahim di-tanah Yahudiah: karna demikianlah tersebut dalam surat nabi, |
2:6 | Hai Bait Lahim, di-tanah Yahuda, Sa-kali-kali tiada engkau yang terkecil diantara segala kepala Yahuda: Karna dari padamu akan keluar seorang penghulu, yang akan jadi gembala kaumku Israil. |
2:7 | Sa-telah itu, maka dipanggil oleh Herodis akan orang Majus itu diam-diam, lalu di-pereksai-nya baik-baik kepadanya ketika mana bintang itu sudah kelihatan. |
2:8 | Lalu disuruhkannya orang-orang itu ka-Bait Lahim, katanya, Pergilah kamu memereksa baik-baik dari hal kanak-kanak itu; maka apabila kamu sudah mendapati dia, khabarkanlah kepada-ku, supaya aku pun pergi akan menyembah dia. |
2:9 | Sa-telah didengarnya akan perkataan raja itu, maka berjalanlah orang-orang itu; ada pun bintang yang telah dilihatnya di negeri timur itu mendahului dia, sa-hingga datanglah bintang itu berhenti diatas tempat kanak-kanak itu. |
2:10 | Maka serta dilihatnya bintang itu, suka-chitalah orang-orang itu dengan suka-chita yang amat sangat. |
2:11 | Maka masoklah sakaliannya ka-dalam rumah itu, lalu dilihatnya kanak-kanak itu dengan ibunya Mariam; maka sujudlah orang-orang itu menyembah dia, serta dibukakannya tempat mata bendanya, lalu dipersembahkannya hadiah padanya, iaitu mas, dan kemenyan, dan mur. |
2:12 | Maka dinyatakanlah kepadanya dalam mimpi, iaitu jangan ia kembali lagi kepada Herodis; sebab itu maka pulanglah orang-orang itu ka-negeri-nya menurut jalan yang lain. |
2:13 | Apabila orang-orang itu sudah berjalan, maka kelihatanlah seorang malaikat Tuhan kepada Yusof dalam mimpi, katanya, Bangunlah engkau, ambil kanak-kanak itu serta dengan ibunya, larilah engkau ka-Masir, lalu tinggal disitu sa-hingga aku berkata padamu: karna Herodis akan menchari kanak-kanak itu hendak membinasakan dia. |
2:14 | Maka bangunlah ia, diambil-nya kanak-kanak itu serta dengan ibunya pada malam hari, lalu berjalanlah ia ka-Masir. |
2:15 | Maka tinggallah ia disitu sa-hingga mati Herodis: supaya dibenarkan firman Tuhan dengan lidah nabi, demikian, Bahwa aku sudah memanggil anakku dari Masir. |
2:16 | Sa-telah diketahui oleh Herodis bahwa ia ditipu oleh orang-orang Majus itu, terlalulah ia marah; lalu disuruhkannya orang pergi membunoh segala kanak-kanak laki-laki yang ada di-Bait Lahim dan segala jajahannya, yang ber'umur dua tahun dan kurang dari pada itu, menurut waktu yang sudah di-pereksai-nya baik-baik dari pada orang-orang Majus itu. |
2:17 | Maka pada waktu itu dibenarkanlah perkataan nabi Yermia iaitu, |
2:18 | Kedengaranlah di negeri Ramah suara orang meratap dan menangis terlalu sangat, iaitu Rahil menangiskan anak-anaknya; tiadalah ia mau dihiburkan, sebab anaknya sudah tiada. |
2:19 | Tetapi apabila Herodis sudah mati, kelihatanlah seorang malaikat Tuhan kepada Yusof dalam mimpi di-Masir, katanya, |
2:20 | Bangunlah engkau, ambil kanak-kanak itu serta dengan ibunya, berjalanlah ka-tanah Israil, karna orang-orang yang hendak membunoh kanak-kanak itu sudah mati. |
2:21 | Maka bangunlah ia, lalu diambil-nya kanak-kanak itu serta dengan ibunya, lalu sampai ka-tanah Israil. |
2:22 | Tetapi apabila didengarnya bahwa Arkhila'us menjadi raja di-tanah Yahudiah, ganti bapanya Herodis, maka takutlah ia pergi ka-sana; dan sebab beroleh kenyataan dalam mimpi, maka undurlah ia ka-jajahan tanah Galil, |
2:23 | lalu dudok dalam sa-buah negeri yang bernama Nasaret: supaya dibenarkan perkataan nabi-nabi, Ia akan bergelar orang Nasaret. |